Login | Register
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

TERMA & SYARAT PROGRAM BEAUTY BIZ ATHEALIA SKINCARE

ATHEALIA BEAUTY SOLUTION (“Syarikat”) adalah sebuah syarikat ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia yang menjalankan perniagaan utama dalam bidang kecantikkan yang mengeluarkan, mengedar dan menjual  produk kecantikan (“Perkhidmatan”) di bawah nama dagangan “ATHEALIA SKINCARE” atau nama-nama dagang lain yang akan ditentukan oleh pihak kami dari semasa ke semasa.

Sebarang rujukan penggunaan kepada Athealia Beauty Solution, adalah entity kepada “ATHEALIA SKINCARE”, “Kita” atau “Kami” termasuk Syarikat yang mana ATHEALIA SKINCARE mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung di dalamnya.

Jika “anda” adalah sebuah entiti, rujukan kepada “Perunding Kecantikan (Skin Consultant)”.

Berikut adalah terma dan syarat penjualan produk dibawah jenama ATHEALIA SKINCARE. Anda dinasihatkan agar membaca dan memahami setiap terma dan syarat sebelum bersetuju menyertai ATHEALIA SKINCARE (HQ).

TANGGUNGJAWAB PERUNDING KECANTIKAN (SKIN CONSULTANT)

  1. Sentiasa berkerjasama dalam meningkatkan penjenamaan, pemasaran dan jualan produk Athealia Skincare.

  2. Memberikan penerangan yang jelas tentang produk Athealia Skincare kepada pelanggan.

  3. Menghormati dan membantu antara satu sama lain.

  4. Menjaga imej syarikat dan anda dari semasa ke semasa.

  5. Segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan perlulah memaklumkan aduan tersebut terus kepada Pihak HQ.

  6. Menunjukkan peningkatan prestasi pemasaran dan jualan yang baik dalam masa satu (3) bulan untuk mengekalkan status sebagai perunding kecantikan (Skin Consultant).

  7. Dilarang menggunakan logo, nama dan hak cipta atau harta intelek syarikat tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada pihak HQ.

  8. Dilarang melakukan sebarang promosi. Sebarang promosi, perlu kemukakan surat bertulis beserta cadangan kepada pihak HQ dan hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak HQ.

TANGGUNGJAWAB PIHAK HQ

  1. Bertanggungjawab untuk menerangkan tentang operasi syarikat dan produk mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

  2. Membantu memberikan penerangan tentang produk dengan lebih jelas serta menyediakan keperluan yang pemasaran kepada perunding kecantikan (Skin Consultant). supaya dapat melakukan promosi dan jualan.

  3. Memastikan aktiviti pemasaran dan penjenamaan sentiasa berjalan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran pihak pelanggan akan kewujudan jenama Athealia Skincare.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  1. Sentiasa bekerjasama dalam memasarkan dan manaikkan jenama Athealia Skincare supaya diterima dan dipercayai oleh pelanggan dan juga masyarakat.

  2. Pihak HQ hendaklah bersedia untuk menerima cadangan dan aduan dari perunding kecantikan (Skin Consultant) untuk tujuan penambahbaikkan bersama dan secara menyeluruh.

  3. Perunding kecantikan (Skin Consultant).perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak HQ dan sentiasa memberikan sokongan kepada pihak HQ.

  4. Memantau harga produk Athelia Skincare di dalam pasaran.

STATUS PERUNDING KECANTIKAN (SKIN CONSULTANT)

  1. Membuat pembelian minimum yang telah ditetapkan dalam tempoh 1 bulan untuk mengekalkan status sebagai aktif.
  1. Pihak HQ berhak menetapkan nilai kos minima dan kelayakan bagi perunding kecantikan (Skin Consultant) dari semasa ke semasa.
  1. Pihak HQ akan mengenal pasti perunding kecantikan (Skin Consultant) yang tidak aktif dan factor-faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut bagi tindakan penambahbaikan.

SYARAT PENYERTAAN PERUNDING KECANTIKAN (SKIN CONSULTANT)

  1. Fees Pendaftaran dan pakej adalah mengikut terma dan syarat seperti yang dinyatakan di Program Beauty Biz.
  1. Anda perlu komited, bersungguh, jujur, amanah dan berdisiplin.
  1. Anda perlu mengisi borang,segala butiran perlu ditulis dengan jelas, betul dan menghantar borang tersebut ke Pihak HQ untuk Perakuan dan Pengesahan yang anda adalah perunding kecantikan (Skin Consultant) yang SAH dan layak mendapat harga dan insentif yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat palsu,pihak pengurusan akan menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan.( Syarat WAJIB menjadi perunding kecantikan (Skin Consultant)).
  1. perunding kecantikan (Skin Consultant) dikehendaki membuat sasaran sales dan pembelian yang berterusan dari Pihak HQ,
  1. perunding kecantikan (Skin Consultant) perlu menyediakan salinan kad pengenalan serta salinan SSM(sekiranya ada).
  1. Pembelian adalah berbentuk Tunai atau Bank in kepada “Athealia Beauty Solution” Resit bayaran atau bank in perlu di hantar ke Athealia Skincare HQ untuk membuktikan pembayaran telah dibuat.
  1. Pasangan suami/isteri boleh bergabung untuk menjadi perunding kecantikan (Skin Consultant).
  1. Hak Pengedaran tidak boleh ditukar milik tanpa kelulusan dari pihak HQ.