Login | Register
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Tentang Kami

ATHEALIA Beauty Solution adalah sebuah syarikat kecantikan Bumiputra dengan permulaan yang sederhana dalam membina kepercayaan pelanggan terhadap produknya sendiri dibawah jenama ATHEALIA SKINCARE.

ATHEALIA SKINCARE merupakan syarikat yang sentiasa memperkukuhkan kedudukannya supaya setanding dengan jenama pengeluar produk kecantikan yang ada.

ATHEALIA SKINCARE memberi fokus kepada penjagaan kecantikan kulit wajah dengan penghasilan utama dari “GALACTOMYCES” iaitu berasaskan dari teknologi penapaian air beras. Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan serta menghasilkan produk dari formula bermutu dan berkualiti tinggi supaya berkesan dan selamat digunakan oleh pengguna.

JERAGAT merupakan masalah kulit muka semua orang termasuklah Kak Zetty iaitu pengasas produk ini. Dalam mendapatkan keputusan serta kesan dari penggunaan produk tersebut. Beliau telah menjadikan dirinya dan suaminya sebagai testimoni terawal.


Wajah beliau dan suaminya mula menunjukkan perubahan yang positif seperti jeragat semakin pudar, kulit wajah kembali segar, sihat dan mulus secara perlahan-lahan dalam tempoh penggunaan yang dilakukan secara konsisten.

Produk ATHEALIA SKINCARE mula mendapat permintaan dan kepercayaan apabila ia menepati keperluan serta keinginan pengguna. Kak Zetty percaya dengan adanya permintaan dan kepercayaan pengguna, ATHEALIA SKINCARE akan terus menjadi satu jenama tempatan yang setanding dengan jenama tempatan dan Antarabangsa.

Misi

  • Menjadikan jenama ATHEALIA SKINCARE sebagai satu jenama tempatan yang setanding dengan jenama tempatan dan antarabangsa.

Visi

  • Menjadikan jenama ATHEALIA SKINCARE sebagai satu jenama penjagaan kecantikan yang dipercayai dan menjadi keperluan pengguna khususnya wanita.
  • Memperkasakan ekonomi wanita dalam bidang perniagaan kecantikan.